Natrah the Legend....  

yang tulis ni eiwa

Sana sini orang duk dengar cerita pasal Natrah...aku baca paper...sapa natrah ni?lepas dengar ..ermm...best jugak citernye..memang menarik..aku bukak internet cari cerita pasal Natrah..rupanya Natrah dah meninggal 07hb julai 2009 ari tu..patut la heboh..bila tahu mak angkat natrah tu org kemaman makin aku berminat nak tahu cerita ni sbb aku pun org kemaman kan..akan ada teater mengenai Natrah....sebagai peminat cerita2 sejarah cam ni..aku tak kira..aku nak pergi tengok...sorang pun aku sanggup pegi.aku cerita kat man aku nak g tgk teater ni..so dia setuju nak ikut.yes...tiket dah tempah..show kul 0830pm,06hb Disember 2009..kat Istana Budaya..amik yang rm70 je tapi seat rasanya sama time aku tgk P.ramlee the musical..memang clear la..tak sabar rasanya..dulu nak tgk teater Mahsuri tak dapat...kali ni tanak lepaskan peluang..sape yang tak tahu pasal Natrah ni korang baca la kat bawah ni..




Teater Natrah memaparkan rentetan kehidupan Nadra Maarof, atau nama Belanda Bertha Heartogh. Beliau adalah wanita keturunan Belanda yang dipelihara oleh Che Aminah Mohamad. Berlaku perebutan hak penjagaan antara Che Aminah dan ibu bapa Natrah di Belanda. Konflik percintaan antara Natrah dan Mansoor Adabi yang menyebabkan terjadi rusuhan di Singapura pada tahun 1950. Rusuhan ini terjadi kerana berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit. Pada 9 Julai 2009, beliau meninggal dunia pada umur 72 tahun di Huijbergen, Belanda akibat leukemia.Maria Hertogh adalah gadis keturunan Belanda yang diserahkan oleh ibunya, Adeline dan neneknya, Nor Louisenya kepada Che Aminah untuk dipelihara tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika, dia balik ke Bandung, Jawa dan mencari anaknya Natrah. Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai. Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.Berlaku perebutan hak penjagaan antara Che Aminah dan ibu bapa Natrah di Belanda. Che Aminah yang diwakili peguam bela Encik Ahmad Ibrahim, menang kes rayuannya dan Natrah dikeluarkan daripada York Hill. Kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun dan Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin tetapi mengikut undang-undang Belanda, seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya.Konflik agama dan isu penjagaan yang telah menyebabkan terjadinya rusuhan di Singapura



Lewat semesta  

yang tulis ni eiwa

satu kata bertulis cinta
telah merasuki ku
tak berwujud tak tersentuh
hanya ku rasa

dan jika wujudnya menjelma
pada sebentuk hati
bukankah itu amanah
dari yang kuasa
menjaganya, menjaganya

wahai insan yang di sana
mungkin saja ini kau dengar
melewati semesta ini
aku sampaikan

begitu ingin berbagi batin
mendengarkan hasrat di jiwa
oh tuhan pertemukan aku
sebelum hatinya beku

09th Nov 1981  

yang tulis ni eiwa

09th Nov 1981..seorang ibu sedang mengadaikan nyawa untuk melahirkan cahayamata ke 6 hasil kasih sayang seorang isteri kepada suami di sebuah rumah di kampung bakau tinggi... setelah separuh nyawa dipertaruhkan, pada pukul 0200 petang pada tarikh tesebut maka lahirlah seorang bayi lelaki yang comel..tapi tak diduga..kelahiran tersebut mengalami masalah menyebabkan ibu tersebut terpaksa dimasukkan ke hospital.sebulan lamanya ibu tersebut dimasukkan ke wad manakala si bayi tersebut berada di rumah tanpa belaian ibu..kelahiran yang hampir meragut nyawa si ibu hinggakan persiapan untuk majlis pengkebumian telah tersedia..tapi Allah masih mahu si anak merasa kasih sayang seorg ibu..maka dikembalikan si Ibu kepada si anak..setelah si ibu sihat kembali,ditatang bayinya dengan penuh kasih sayang,dengan didikkan sempurna..si ibu mahu hanya yang terbaik untuk si anak...dan pada umur si anak belum mencecah 26 tahun, ternyata Allah sayangkan si ibu..di ambil dari anaknya pada 06th August 2007...pemergiannya di pangkuan riba si anak tersebut.dah pada waktu itu hanya mereka berdua..anak tersebut menjadi org terahir yang dilihat sebelum si ibu menutup mata buat selamaya..dan kini pada 09th Nov 2009 si anak menyambut hari kelahiranya untuk kali ke 3 tanpa ibunya yang amat disayangi dan dicintai..terlalu kuat kerinduan dihatinya tapi tiada apa yang mampu dilakukan selain melawat pusara ibu tercinta dah sedekahkan ayat suci Alquran untuk si ibu..Ya Allah..ampuni segala dosa ibuku..tempatkan dia bersama para syuhada mu..jauhi dia dari siksaan kubur dan siksaan neraka mu..muliakan dia sebagaimana aku memuliakan dia di hati aku..terlalu rindu aku kepadanya...pertemukan kami kembali di syurgamu..Al-fatihah...

Mengapa...?  

yang tulis ni eiwa

Mengapa..?...mengapa kadang2 susah nak memahami perasaan aku..bila aku larang buat sesuatu yang aku tak suka..masih juga dia buat..tak tahu ke apa dia buat tu boleh melukakan hati aku...tak tahu ke apa yang berlaku sebelum ni dah betul2 melukakan hati aku..menyakitkan hati aku..buat aku malu pada semua org..tak nak ke dia jaga perasaan aku..hati aku sebagai kawan baik dia...pernah ke aku sakitkan hati dia..setakat ni aku rasa tak pernah..tapi tak tahu la..kadang2 aku tak perasan silap aku sendiri buat..tapi rasanya tak perlu la dia nak buat mcm ni..kalau boleh aku nak tanya dia ..bangga ke dapat sakitkan hati aku...?bangga ke dapat memalukan aku..?bangga ke jadi lebih hebat dari aku..?tapi aku tanak..sebab aku tanak gaduh..aku diamkan je..yang aku harapkan dia sendiri fikir apa yang dia dah buat..Aku tahu..Allah sentiasa ada bersama org sabar...yang aku harapkan hanya kekuatan untuk aku melayan semua yang berlaku..Terima kasih Allah untuk kekuatan yang Kau berikan untuk aku menghadapi dugaan..aku tahu..gelap akan terang akhirnya..aku cuma perlu sabar menanti terang itu menjelma..

Rim Baru...kopak duit aku..hehehe  

yang tulis ni eiwa







Semalam aku g servis keta..aduh..malasnye nak g kuantan sorang2..ajak man..tapi dia nak balik kampung..memang hari dia off..pegi sorg la..nak ajak nuar, eby or pirol diorg keja plak....otw g kuantan ebi sms...aku ajak g kuantan..dia kata ok..waktu keja dia flexile..ngn pakai baju keja dia ikut aku...g servis kat batu 3 kuantan...sebelah pusat servis tu ada kedai tayar continental... sementara tggu aku nak usha tayar 2nd hand..dah botak teruk tayar aku..bulan 11 nanti ada course kat Bangi..seminggu plak tu..camner nak jalan jauh..ternampak plak rim ngan tayar 16inch..alamak...mcm berkenan..tayar 2nd hand tapi rim baru..walau tayar 2nd tpi masih baru sbb yg pakai sebelumnya pakai sekejap je..jenama continental..aku call Sudu tanya pendapat..dia kata ok..aku try budget duit..rasanya boleh kot..aku suruh tukar lepas servis keta siap..total kos rm1600 lepas aku trade in rim standard ngan tayar..rm300..tapi aku puas hati la tgk keta aku..org lain tak tau la...hehehe..lantak la..keta aku..aku punya pasal la..aku tak plan sebenar nak tukar rim...nak usha 2nd untuk rim lama je...rim lama 15inch..fikir lambat laun kena tukar jugak..tukar je la...hehehe...makin lawa plak kereta aku..dah..cukup...abis dah mekap keta..simpan duit plak...

Kenapa semua nak sakitkan hati aku....  

yang tulis ni eiwa

Tak faham ..nape semua nak sakitkan hati aku...aku terpikir..ape aku dah buat?teruk sgt ke aku...ari ni aku g kuantan..sebab tak bgtau kat seseorg pun dah jadi masalah..perlu ke semua penda aku nak bgtau semua org..aku tak bgtau sbb dia kerja...mula plan nak g sorg...kebetulan kawan aku lagi sorg sms..aku ajak la teman g kuantan..skrg dah duk asik perli2..aku jadi sakit hati..perlu ke nak perli2...penda kecik..tapi bila aku ungkit nape time dia g mana2 tak bgtau aku dikatanya aku ungkit plak...sorg kata aku suka gaduh..gaduh ape plak..bila aku gaduh ngan org...kalau aku cerita kecik hati kat seseorg kata aku suka gaduh tak tahu la..lagi sorg marah aku tak leh dengar masalah dia..padahal time dia nak bercerita tu aku ada hal nak buat..dikata aku lebih pentingkan org lain...ckp kat aku mcm2 walau aku dah mintak maaf..lagi sorg cari aku time susah, time nak cerita masalah....aku ajak g mana2 susah..byk alasan..time org lain ajak boleh lak...sakit hati jugak...yang lagi sorg suka mendesak..pastu bila aku tego ckp aku tak memahami perasaan org lain...ntah la..kadang2 fikir payah nak puaskan hati semua org..semua jadi salah...takpe la..mungkin ada silap aku...ape pun aku nak mintak maaf pada sape yang pernah terasa kat aku...

Kepergian Ayah Aid Ke Rahmatullah..  

yang tulis ni eiwa

23th oct..Lepas balik keja aku lepak depan laptop jap..check email..mana tau ada yang penting2(penting ke..?)..Tgh melepak aku dpt sms dari kakak aku bgtau dia otw ke rumah mertua dia di kemaman,...aku reply dengan jawapan bodoh"tak tanya pun"..hahaha..tak lama dlm sejam kakak aku sms lagi...suh call dia balik..urgent..amoiii..mentang2 kedit aku bayak....aku call balik...dia bgtau baru dapat call dari sepupu aku kat kelantan bgtau Ayah Aid dah tenat...(Ayah Aid aku ni suami kepada adik perempuan ayah aku yang aku panggil umi)..kakak aku tanya nak balik bachok ke tak?aku jawab balik la..takkan tanak tgk lak dia sakit...kalau jadi ape2 menyesal kang..Ayah aid aku ni kira rapat jugak la..dia mengidap barah hati..rasanya sebelum Arwah mak aku meninggal..aku call bos aku n supervisor..ckp nak emergency leave..diorg benarkan..tetiba...alamakk...masalah ni..keta aku dah la tayar botak...tak g servis lagi...camner ni...sms sepupu aku..nak tukar keta..aku bawak Gen2 dia..pg esoknya(24th oct) aku g tukar keta kat kemaman..ajak tok belah mak aku pegi sekali...smpi sana memang dia dah tenat..kesian dia..dari badan berisi dah tggl tulang..tapi perut mengbusung..biasala..org sakit barah hati memang mcm ni...dia dah tak sedar diri...aku ada angkat dia masa nak betul kedudukan dia..rasa mcm pegang tulang..aduh..sedih aku rasa..nak nagis tapi tak sanggup takut umi tgk aku nangis..plan kitorg nak bermalam sehari je..sbb byk urusan lagi...pagi 25th Oct aku tgh tido lagi..kakak aku datang kejutkan suruh pergi tgk ayah Aid..katanya org dah baca yasin n ajar mengucap..aku basuh muka terus ke rumah ayah aid..Alhamdullilah dia meninggal dengan senang...plan kotorg nak balik pas zohor tapi terpaksa tunda balik lepas magrib..pas majlis kebumian lepas asar...masa jumpa famili diorg masa nak balik dapat aku bayangkan mcmana perasaan kehilangan org tersayang seperti aku alami 2 tahun dulu..Kak Nora,kak Inie menangis sambil peluk kain pelikat ayah aid..situasi sama masa mak aku mula2 meninggal..aku demam seminggu sampai suara tak keluar...aku peluk kain batik dan tido selimut kain batik mak aku..peluk baju kurung mak aku..hanya yang alami dapat merasakan semua ni..dah nak balik..aku peluk umi kuat2..umi menangis..Anak bongsu Arwah yang lelaki datang kat aku..lepas salam dia ckp baru sekarang dia rasa mcamana kehilangan org tua..aku peluk dia aku tenangkan dia...rasa nak terburai air mata aku...Semoga Arwah ayah aid di tempatkan bersama golongan org mukmin..Al-fatihah..