Natrah the Legend....  

yang tulis ni eiwa

Sana sini orang duk dengar cerita pasal Natrah...aku baca paper...sapa natrah ni?lepas dengar ..ermm...best jugak citernye..memang menarik..aku bukak internet cari cerita pasal Natrah..rupanya Natrah dah meninggal 07hb julai 2009 ari tu..patut la heboh..bila tahu mak angkat natrah tu org kemaman makin aku berminat nak tahu cerita ni sbb aku pun org kemaman kan..akan ada teater mengenai Natrah....sebagai peminat cerita2 sejarah cam ni..aku tak kira..aku nak pergi tengok...sorang pun aku sanggup pegi.aku cerita kat man aku nak g tgk teater ni..so dia setuju nak ikut.yes...tiket dah tempah..show kul 0830pm,06hb Disember 2009..kat Istana Budaya..amik yang rm70 je tapi seat rasanya sama time aku tgk P.ramlee the musical..memang clear la..tak sabar rasanya..dulu nak tgk teater Mahsuri tak dapat...kali ni tanak lepaskan peluang..sape yang tak tahu pasal Natrah ni korang baca la kat bawah ni..




Teater Natrah memaparkan rentetan kehidupan Nadra Maarof, atau nama Belanda Bertha Heartogh. Beliau adalah wanita keturunan Belanda yang dipelihara oleh Che Aminah Mohamad. Berlaku perebutan hak penjagaan antara Che Aminah dan ibu bapa Natrah di Belanda. Konflik percintaan antara Natrah dan Mansoor Adabi yang menyebabkan terjadi rusuhan di Singapura pada tahun 1950. Rusuhan ini terjadi kerana berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit. Pada 9 Julai 2009, beliau meninggal dunia pada umur 72 tahun di Huijbergen, Belanda akibat leukemia.Maria Hertogh adalah gadis keturunan Belanda yang diserahkan oleh ibunya, Adeline dan neneknya, Nor Louisenya kepada Che Aminah untuk dipelihara tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika, dia balik ke Bandung, Jawa dan mencari anaknya Natrah. Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai. Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.Berlaku perebutan hak penjagaan antara Che Aminah dan ibu bapa Natrah di Belanda. Che Aminah yang diwakili peguam bela Encik Ahmad Ibrahim, menang kes rayuannya dan Natrah dikeluarkan daripada York Hill. Kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun dan Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin tetapi mengikut undang-undang Belanda, seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya.Konflik agama dan isu penjagaan yang telah menyebabkan terjadinya rusuhan di Singapura



Lewat semesta  

yang tulis ni eiwa

satu kata bertulis cinta
telah merasuki ku
tak berwujud tak tersentuh
hanya ku rasa

dan jika wujudnya menjelma
pada sebentuk hati
bukankah itu amanah
dari yang kuasa
menjaganya, menjaganya

wahai insan yang di sana
mungkin saja ini kau dengar
melewati semesta ini
aku sampaikan

begitu ingin berbagi batin
mendengarkan hasrat di jiwa
oh tuhan pertemukan aku
sebelum hatinya beku

09th Nov 1981  

yang tulis ni eiwa

09th Nov 1981..seorang ibu sedang mengadaikan nyawa untuk melahirkan cahayamata ke 6 hasil kasih sayang seorang isteri kepada suami di sebuah rumah di kampung bakau tinggi... setelah separuh nyawa dipertaruhkan, pada pukul 0200 petang pada tarikh tesebut maka lahirlah seorang bayi lelaki yang comel..tapi tak diduga..kelahiran tersebut mengalami masalah menyebabkan ibu tersebut terpaksa dimasukkan ke hospital.sebulan lamanya ibu tersebut dimasukkan ke wad manakala si bayi tersebut berada di rumah tanpa belaian ibu..kelahiran yang hampir meragut nyawa si ibu hinggakan persiapan untuk majlis pengkebumian telah tersedia..tapi Allah masih mahu si anak merasa kasih sayang seorg ibu..maka dikembalikan si Ibu kepada si anak..setelah si ibu sihat kembali,ditatang bayinya dengan penuh kasih sayang,dengan didikkan sempurna..si ibu mahu hanya yang terbaik untuk si anak...dan pada umur si anak belum mencecah 26 tahun, ternyata Allah sayangkan si ibu..di ambil dari anaknya pada 06th August 2007...pemergiannya di pangkuan riba si anak tersebut.dah pada waktu itu hanya mereka berdua..anak tersebut menjadi org terahir yang dilihat sebelum si ibu menutup mata buat selamaya..dan kini pada 09th Nov 2009 si anak menyambut hari kelahiranya untuk kali ke 3 tanpa ibunya yang amat disayangi dan dicintai..terlalu kuat kerinduan dihatinya tapi tiada apa yang mampu dilakukan selain melawat pusara ibu tercinta dah sedekahkan ayat suci Alquran untuk si ibu..Ya Allah..ampuni segala dosa ibuku..tempatkan dia bersama para syuhada mu..jauhi dia dari siksaan kubur dan siksaan neraka mu..muliakan dia sebagaimana aku memuliakan dia di hati aku..terlalu rindu aku kepadanya...pertemukan kami kembali di syurgamu..Al-fatihah...

Mengapa...?  

yang tulis ni eiwa

Mengapa..?...mengapa kadang2 susah nak memahami perasaan aku..bila aku larang buat sesuatu yang aku tak suka..masih juga dia buat..tak tahu ke apa dia buat tu boleh melukakan hati aku...tak tahu ke apa yang berlaku sebelum ni dah betul2 melukakan hati aku..menyakitkan hati aku..buat aku malu pada semua org..tak nak ke dia jaga perasaan aku..hati aku sebagai kawan baik dia...pernah ke aku sakitkan hati dia..setakat ni aku rasa tak pernah..tapi tak tahu la..kadang2 aku tak perasan silap aku sendiri buat..tapi rasanya tak perlu la dia nak buat mcm ni..kalau boleh aku nak tanya dia ..bangga ke dapat sakitkan hati aku...?bangga ke dapat memalukan aku..?bangga ke jadi lebih hebat dari aku..?tapi aku tanak..sebab aku tanak gaduh..aku diamkan je..yang aku harapkan dia sendiri fikir apa yang dia dah buat..Aku tahu..Allah sentiasa ada bersama org sabar...yang aku harapkan hanya kekuatan untuk aku melayan semua yang berlaku..Terima kasih Allah untuk kekuatan yang Kau berikan untuk aku menghadapi dugaan..aku tahu..gelap akan terang akhirnya..aku cuma perlu sabar menanti terang itu menjelma..

Rim Baru...kopak duit aku..hehehe  

yang tulis ni eiwa







Semalam aku g servis keta..aduh..malasnye nak g kuantan sorang2..ajak man..tapi dia nak balik kampung..memang hari dia off..pegi sorg la..nak ajak nuar, eby or pirol diorg keja plak....otw g kuantan ebi sms...aku ajak g kuantan..dia kata ok..waktu keja dia flexile..ngn pakai baju keja dia ikut aku...g servis kat batu 3 kuantan...sebelah pusat servis tu ada kedai tayar continental... sementara tggu aku nak usha tayar 2nd hand..dah botak teruk tayar aku..bulan 11 nanti ada course kat Bangi..seminggu plak tu..camner nak jalan jauh..ternampak plak rim ngan tayar 16inch..alamak...mcm berkenan..tayar 2nd hand tapi rim baru..walau tayar 2nd tpi masih baru sbb yg pakai sebelumnya pakai sekejap je..jenama continental..aku call Sudu tanya pendapat..dia kata ok..aku try budget duit..rasanya boleh kot..aku suruh tukar lepas servis keta siap..total kos rm1600 lepas aku trade in rim standard ngan tayar..rm300..tapi aku puas hati la tgk keta aku..org lain tak tau la...hehehe..lantak la..keta aku..aku punya pasal la..aku tak plan sebenar nak tukar rim...nak usha 2nd untuk rim lama je...rim lama 15inch..fikir lambat laun kena tukar jugak..tukar je la...hehehe...makin lawa plak kereta aku..dah..cukup...abis dah mekap keta..simpan duit plak...

Kenapa semua nak sakitkan hati aku....  

yang tulis ni eiwa

Tak faham ..nape semua nak sakitkan hati aku...aku terpikir..ape aku dah buat?teruk sgt ke aku...ari ni aku g kuantan..sebab tak bgtau kat seseorg pun dah jadi masalah..perlu ke semua penda aku nak bgtau semua org..aku tak bgtau sbb dia kerja...mula plan nak g sorg...kebetulan kawan aku lagi sorg sms..aku ajak la teman g kuantan..skrg dah duk asik perli2..aku jadi sakit hati..perlu ke nak perli2...penda kecik..tapi bila aku ungkit nape time dia g mana2 tak bgtau aku dikatanya aku ungkit plak...sorg kata aku suka gaduh..gaduh ape plak..bila aku gaduh ngan org...kalau aku cerita kecik hati kat seseorg kata aku suka gaduh tak tahu la..lagi sorg marah aku tak leh dengar masalah dia..padahal time dia nak bercerita tu aku ada hal nak buat..dikata aku lebih pentingkan org lain...ckp kat aku mcm2 walau aku dah mintak maaf..lagi sorg cari aku time susah, time nak cerita masalah....aku ajak g mana2 susah..byk alasan..time org lain ajak boleh lak...sakit hati jugak...yang lagi sorg suka mendesak..pastu bila aku tego ckp aku tak memahami perasaan org lain...ntah la..kadang2 fikir payah nak puaskan hati semua org..semua jadi salah...takpe la..mungkin ada silap aku...ape pun aku nak mintak maaf pada sape yang pernah terasa kat aku...

Kepergian Ayah Aid Ke Rahmatullah..  

yang tulis ni eiwa

23th oct..Lepas balik keja aku lepak depan laptop jap..check email..mana tau ada yang penting2(penting ke..?)..Tgh melepak aku dpt sms dari kakak aku bgtau dia otw ke rumah mertua dia di kemaman,...aku reply dengan jawapan bodoh"tak tanya pun"..hahaha..tak lama dlm sejam kakak aku sms lagi...suh call dia balik..urgent..amoiii..mentang2 kedit aku bayak....aku call balik...dia bgtau baru dapat call dari sepupu aku kat kelantan bgtau Ayah Aid dah tenat...(Ayah Aid aku ni suami kepada adik perempuan ayah aku yang aku panggil umi)..kakak aku tanya nak balik bachok ke tak?aku jawab balik la..takkan tanak tgk lak dia sakit...kalau jadi ape2 menyesal kang..Ayah aid aku ni kira rapat jugak la..dia mengidap barah hati..rasanya sebelum Arwah mak aku meninggal..aku call bos aku n supervisor..ckp nak emergency leave..diorg benarkan..tetiba...alamakk...masalah ni..keta aku dah la tayar botak...tak g servis lagi...camner ni...sms sepupu aku..nak tukar keta..aku bawak Gen2 dia..pg esoknya(24th oct) aku g tukar keta kat kemaman..ajak tok belah mak aku pegi sekali...smpi sana memang dia dah tenat..kesian dia..dari badan berisi dah tggl tulang..tapi perut mengbusung..biasala..org sakit barah hati memang mcm ni...dia dah tak sedar diri...aku ada angkat dia masa nak betul kedudukan dia..rasa mcm pegang tulang..aduh..sedih aku rasa..nak nagis tapi tak sanggup takut umi tgk aku nangis..plan kitorg nak bermalam sehari je..sbb byk urusan lagi...pagi 25th Oct aku tgh tido lagi..kakak aku datang kejutkan suruh pergi tgk ayah Aid..katanya org dah baca yasin n ajar mengucap..aku basuh muka terus ke rumah ayah aid..Alhamdullilah dia meninggal dengan senang...plan kotorg nak balik pas zohor tapi terpaksa tunda balik lepas magrib..pas majlis kebumian lepas asar...masa jumpa famili diorg masa nak balik dapat aku bayangkan mcmana perasaan kehilangan org tersayang seperti aku alami 2 tahun dulu..Kak Nora,kak Inie menangis sambil peluk kain pelikat ayah aid..situasi sama masa mak aku mula2 meninggal..aku demam seminggu sampai suara tak keluar...aku peluk kain batik dan tido selimut kain batik mak aku..peluk baju kurung mak aku..hanya yang alami dapat merasakan semua ni..dah nak balik..aku peluk umi kuat2..umi menangis..Anak bongsu Arwah yang lelaki datang kat aku..lepas salam dia ckp baru sekarang dia rasa mcamana kehilangan org tua..aku peluk dia aku tenangkan dia...rasa nak terburai air mata aku...Semoga Arwah ayah aid di tempatkan bersama golongan org mukmin..Al-fatihah..

Gambang waterpark..arghh..sakit hati  

yang tulis ni eiwa







Ntah camner tertiba plak terplan ngan Man nak pegi Gambang waterpark,kuantan ari ni...man ckp kita g kul 10pg..jangan nak mengada...aku ckp kul 8..man ni kalau tido bukan ingt....tapi last2 aku gak yang sms nk g kul 10..kul 1030 pagi man sampai rumah aku..aku bilang kita mkn dulu la..lapar..ajak man g kedai kak rose..aku nak mkn nasi minyak...dah lama tak pekena nasi minyak kedai kak rose..sedappp...ajak nuar sekali mkn situ..pas mkn kitorg gerak ke gambang waterpark...otw kat higway ke gambang nuar call..tanya dah smpi mana?dia bgtau gambang waterpark tutup ari ni..tetiba tergerak hati dia nak buka website gambang waterpark..arghhhhhhhh....sakit hati..memang tutup hari selasa..aduh..membazir masa aku...man tak puas hati..call gambang waterpark ..yang lawaknye man suruh mamat or minah yang angkat telefon tu bukak waterpark tu..sbb kitorg dah otw..banyak cantik ko man..igt ko perdana menteri, igt ko sultan nak buka waterpark tu semata2 untuk ko..hahahaha...so melencong la kitorg ke kuantan..tgk wayang,karaoke..man g potong rambut..tgk pandorum (aku gelak ngn man..camner agak kalau org nak beli tiket pondorum tapi salah beli papadom)citer kedua movie sorority row...dua2 best...tak duk dia aku tgk dua2 citer ni...citer thriller..best..tak kisah la...tak jadi mandi pun kat waterpark.plan nak g mggu depan..tapi bukan hari selasa la..hahaha

My hobby,Plane model...  

yang tulis ni eiwa



Bosan plak aku mlm ni..nak wat ape eh...balik keja lepak dalam bilik..man ngan zeri balik kampng..nak g lepak kemaman malas la plak.hujan ni...lebat giler ngan ribut petir..duk termenung je la mlm ni..hah......idea...aku nak ckp pasal plane model aku...aku ni minat keja airline..tapi tak kesampaian...tapi rasanya syukur ngan keja skrg...cukup la sekadar makan pakai aku..aku memang minat ngan kapal terbang..disebabkan minat aku pernah kursus untuk dapatkan Certificate in Airline Reservation & Ticketing..tempat paling aku suka iaitu kat airport...tgk kapal terbang landing n terbang..kagum aku..macamana kapal terbang sebesar dan seberat tu boleh terbang..hebat betul ciptaan manusia dengan akal pemberian Allah SWT...beberapa bulan lepas aku ada hobby baru.kumpul model kapal terbang..1st model aku beli..AIRASIA X Airbus A330..kirim man beli atas flight time balik semenanjung dari bintulu..RM100 harganya..tapi sayang...sayap dah patah sebelah...terhempas ditiup angin kuat...aduh..sakit hati rasanya..dlm beberapa bulan ni aku duk searh kat mudah.my..cari kot2 ada model kapal terbang lagi..aku ternampak model MAS limited edition yang kaler biru model Boeing B777 dan corak hibiscus warna merah model Boeing B747...so aku tanpa buang masa beli...lawa giler...walau kecik..tak puas hati lagi,aku search lagi dlm tenet..beli lagi dua model..Airbus A380...kat mudah.my jugak...ngan Thai Airways model Boeing B777..aku beli kat lelong.my..rm50 jea..aku cerita kat amir pasal hobby aku...hehe..balik dari Dubai dia belikan aku Emirates Airways Airbus A380..aku tanya harganya..aku nak bayar balik..dia ckp tak payah..dia hadiahkan..thanks..skrg aim aku untuk dapatkan Garuda indonesia ngan Qantas Airways..tapi hobby ni kena belanja lebih la..model ni semua bukan murah harganya...kena la kumpul slow2..dah minat..

Kuantan Medical Centre  

yang tulis ni eiwa







Ari ni bangun awal skit...aku nak g kuantan..nak g kuantan medical centre(KMC)nak jumpa pakar ENT..last post aku ada ckp telinga aku bermasalah..gegendang berlubang...kalau ikut hati malas nak g..aku takut kena bedah...semalam sms pirol(my best buddy sejak kecik)ajak dia temankan..dia suh comfirmkan balik pagi ni..aku call dia..Alhamdullilah..ada org nak teman..dia suh aku g dulu..dia menyusul kemudian sbb dia ada hal kat ofis..tapi takpe la..at least ada yang teman..Mekasih ye pirol..kemaskan baju skit..prepare kot kena masuk wad..terus kena bedah..mekkk..takutttt...sampai sana aku terus register kat kaunter..."awak ke bilik no 10 ye...tingkat 1.."kata nurse kat situ.....punya la berbelit jalan aku nak cari bilik no 10..dah la 1st time sampai situ..punya la lama menunggu..sejam baru jumpa doktor..dia check....

Doktor:Ini gegendang punya lobang sudah tutup..itu parut saja tggl..(doktor india)
Aku:ye ke?abis naper saya rasa sakit kalau kat tempat pressure tinggi..
Doktor:takde ape..awak pergi bilik sebelah buat audio test
Aku..takyah bedah yea...
Doktor:Tak payah

aku blah g Audiotest..result audio test ok je..takde plak ciri2 aku pekak..tapi napa aku rasa cam pekak..huhuhu...apa la pirol ni..tak sampai lagi..time tggu nak jumpa doktor kali kedua baru sampai anak mat soh ni...jumpa doktor lagi..dia ckp belakang hidung aku ada problem..aik...tadi check telinga..camner detect blakang hidung plak...dia ckp tak bahaya...bagi ubat..dia bg arahan camner nak guna ubat..tapi aku tak faham..slang india dia pekat sangat..lastly aku suh nurse chinese terjemah..huhuhu...dah abis jumpa doktor..nak amik ubat kat farmasi punya la lama tggu..sejam..bayangkan.....aduhh..sakit jiwa betul hospital ni...dah dapat ubaat..ayarkkk..terkejut aku harga ubat ngan jumpa doktor total RM197.85..dlm wallet ada RM100 ni..dengan selamba.."kad kedit boleh bang"..sambil2 kelip2 mata..."bagi resit ye..nak claim nanti"dah bayar terus blah..cam biasa membebel dpn piroll...mahal..mahal..mahal...pirol ajak makan kenny rogers....dah..takde makna..duit aku dah abis..g mkn kedai murah2 jea...p mkn kat stesen bas..pas mkn ikut dia p settle hal keja dia..then dia antar kat keta aku balik..keta aku paking kat belakang KMC...nak tgk wayang tp pirol tak leh ikut..ada ada hal nak settle..kesian dia..beria2 nak tgk wayang gak..sampai paksa aku balik gak....hehehe...jeles la tuh...dia balik..aku teruskan rencana aku tgk wayang...seumur hidup..1st time aku tgk wayang sorg2..sedih..takpe la..kena belajar wat sendiri..kalau mati pun sorg gak nanti...(amoi...ayatt....cam dah sedia jea..)tgk citer G force..citer tikus..best gak..lawak giler...dah abis igt nak smbung Momok the movie..tapi next show lambat lagi..aku blah balik..ntah la..tetiba hati aku sayu plak...rasa cam masa mula2 aku break ngan ex...argh..........aku tak suka feel cam ni....aku nak hepi...aku singgah rumah pirol..dia ajak selakburik besday ebi kat epal karaoke..aduh..letih la aku..dari pagi sampai mlm aku tak balik lagi ni..kakak aku pun dah bising tanya kat mana..takut aku kena tahan wad..tapi fikir balik..ala..bukan selalu..setahun sekali je..aku g jugak...sampai kul 11 kitorg balik..hntar pirol balik rumah terus aku drive ke kerteh dengan perasaan yang aku sendiri tak tahu...

Majlis Rumah Terbuka PPTSB - 03hb Oct 2009  

yang tulis ni eiwa




Hari yang ditunggu dah tiba..ari ni hari show aku...tapi sedih la..dari semalam aku kurang sihat...kecewa btl..masa reheasal smlm pun risau pasal tekak sakit gila...time reheasal aku beli strapsile...tapi tetap sakit...reheasal dari kul 5pm-8pm..balik reheasal g klinik...Dr bagi ubat demam,selsema..ect..balik rumah makan ubat terus pengsan dlm bilik mek..bangun dah pagi..alamak baju melayu aku tak iron lagi..tapi badan rasa tak sihat..camner ni?..aku kuatkan diri..kena pergi jugak..sayang la LCD tv 42 inch untuk cabutan bertuah..lagipun aku tanak tarik diri saat akhir..kesian cik zack nak aku nyanyi(cam la sore aku sedap sangat..huhuhu)lepas iron baju semua dlm kul 1030 aku g rumah kaksu dulu...nak mkn...makan roti jea...pas mkn rasa cam awal lagi aku baring dulu..event start kul 12...duk baring aku rasa kepala makin sakit..nak bangun pun tak larat..aku dah give up..aku sms fauzi(geng satu kumpulan nasyid aku)...then dia call aku




Fauzi:wei..tanak g ke?


Aku:tak la kot...aku sakit kepala..tak larat nak bangun.


Fauzi:ko jangan beb..kau kena datang...kasi semangat kat aku skit..


AKu:alamak..kena datang ke...sakit ni camner?


Fauzi:ko dtg dulu..nanti tgk la camner?


Aku:Ye la..aku dtang




Aku mkn ubat..pastu aku gagahkan diri..dlm keta badan berpeluh..tapi tekak stil sakit..boleh nyanyi kot...hahahaha...nak nyanyi juga...sore tak berubah beb.....smpai Mesra Mall..si fauzi tak sampai lagi..hampes...Start event..group kitorg kena nyanyi dulu..nasib aku backup je...tgh nyanyi En nazri (ex bos aku)sampai....boleh plak wife dia wat lawak kat bawah sampai aku gelak tengah nyanyi..at last..tiba turn aku nyanyi wakil department..Kepulangan yang dinanti...naik stage nampak ADI,SOUL ngan SARIP(3 org ni member department aku)dlm hati "amboi berani tul duk meja depan"padahal aku dah warning..jangan duk depan aku time aku perform..cari nahas...tgh2 nyanyi tu boleh plak aku turun..nak tarik salah sorg naik stage...sarip ngan adi awal2 dah nampak aku turun stage diorg lari..soul tak sempat sbb dia tgh ckp ngan org..hahaha...gelabah muka soul..tapi bestnyer dia sporting..menyanyi ngan aku atas stage...caya la lu soul..memang kaki karaoke box...alhamdullilah..selamat aku perform walau sakit tekak...turun stage masuk bilik persalinan jumpa farawahida..artis jemputan ari tu..borak skit..aku keluar balik..nak makan...lapar beb..tapi aku mkn sate je 2,3 cucuk...takde selera..sakit tekak..pas umum semua cabutan bertuah...aduh kecewa...nombor aku langsung tak disebut....tak dapat..takpe la..takde rezeki..tahun depan ada lagi kot..

Aku ingin kamu...merindukanmu  

yang tulis ni eiwa

lagu favorite aku wat masa ni..2,3 kali duk ulang dua lagu ni...nape yea..bak kata nabil...lu fikir la sendiri

Aduh...telinga berdarah...sakit  

yang tulis ni eiwa

2,3 hari aku rasa sakit telinga..Semalam telinga aku berdarah..risau aku..Actually sblm ni gegendang telinga aku memang bermasalah...kata doktor berlubang..mungkin effect aku pernah ditampar time gaduh ngan ex dulu..dia tampar kena kat telinga...masa dia tampar berdesing telinga..mata aku pun pernah lebam kena pukul dek dia..tapi takpe la...saja je bercerita..penda dah lepas..aku tak salahkan dia pun..berbalik cerita telinga aku tadi...ari ni aku putuskan jumpa doktor..risau la kalau sampai berdarah.pas isi borang n dapatkan appoval nak kuar dari bos aku kuar..bgtau zeri...dia nak ikut..aku g klinik syed badaruddin,paka.doktor ckp lubang kat gegendang tu ada lagi...dia suh refer kat pakar..aku mintak ke hospital tengku ampuan afzam kuantan...dia nak bagi ubat titik dlm telinga tak leh...bagi ubat tahan sakit n antibiotik..masuk keja balik cerita kat bos, dia suh call hrm..tanya berapa kos syarikat tanggung...hrm ckp rm10k..bos suh call Kuantan Medical Center(KMC)..tanya kos rawatan kat sana..dia suh g kat swasta.ckp ngan nurse ENT..kos dalam RM5k++..termasuk operation n stay sana 3 hari..kira dlm tanggungan syarikat lagi la...aduh..cuak aku plus takut dengar camner cara nak tampal lubang kat gegendang tu..skrg terfikir nak wat ke tanak...takut tuh...bos suh g hari ni gak...aku ckp tak leh..show aku camner?lagi 2,3 hari..dia kata mana lagi penting..telinga aku atau show..aku ckp org dah tanggungjawab..aku kena selesaikan dulu..aku tanak kecewakan org..so aku putuskan 5hb okt.ni aku ke sana..kesian aku kena g sorg2..kalau la ex aku ada lagi...hehehe..alamak...aku kena berdikari la..aku blh wat sorg2..Insyaallah..semua ok kot..lagipun minor operation je..

Ujibakat persembahan Majlis Rumah Terbuka PPTSB  

yang tulis ni eiwa




Beberapa minggu sebelum puasa En zack datang jumpa aku..Majlis rumah terbuka kat tempat aku keja nanti aku kena nyanyi dua lagu untuk persembahan..alamak..kena prepare lagu raya lagi..aku cadang nak nyanyi lagu Kepulangan yang dinanti dari Aman shah ngan Suatu hari dihari raya dari M.Nasir..tetiba plak..2 minggu sblm raya En.zack datang jumpa lagi...dia suh aku jadi AJK majlis tu untuk persembahan..aku on je..lagipun aku minat keja2 mcm ni..dia suh wat poster untuk ujibakat sesiapa yang berminat nak wat persembahan...then aku buat la..1st poster yang ada gabo faizal tahir ngan siti nurhaliza tu...pastu dia call aku..CEO nak semua department hantar wakil..aku kena wat poster lagi..kali ni yang ada ipin ngan ipin tu..then dia tanya pendapat aku..penyanyi jemputan...antara misha omar,heliza ngan ning baizura..aku ckp misha omar la..aku kan minat dia..rm15k tu bayar misha...tapi tak dapat plak..misha tu ada keja...ning kompen kena rejek awal2...heliza ada show kat sabah..so diputuskan artis jemputan Farawahida ngan Aiman(akademi nasyid).boleh la tu...untuk show kali ni kumpulan nasyid aku pun dijemput buat persembahan..aku back up je..malas la nak nyanyi..lagu raya kena nyanyi gak wakil department..malas la banyak2..bkn glemer pun aku ni..sbb ramai sangt buat persembahan ari tu aku kena nyanyi satu lagu je..aku tanak nyanyi lagu raya..aku minta kebenaran nak nyanyi lagu Dengan Nafasmu dari ungu..killer song aku tuh..ahaks..zack benarkan..yessss..berdebor gak aku tunggu 3hb oktober ni...harap semua takde masalah..doakan aku yea..


Selamat Hari Raya Aidilfitri  

yang tulis ni eiwa







Selamat Hari Raya Aidilfitri, ampun maaf andai ada tersilap bahasa....bangun pada subuh hari raya kepala teringgat macam2..tahun ni beraya dalam kesedihan berganda...pertama aku beraya tanpa org tersayang....tahun ni jugak tahun ketiga tanpa bonda aku yang tersayang...tapi nak wat macamana kan..tak guna aku meratapi semua ni..seharusnya aku kuat...pandang depan jangan toleh belakang.....kalau mek tau aku bersedih meratapi dia tentu dia tak suka....mek nak anak2 dia hepi...aku tahu mak aku camner...tapi nak wat camner....aku tak dapat tahan air mata aku....aku rindu gelak ketawa mek...aku sayang dia..Demi Allah..aku terlalu sayang mak aku...rindu nak masak sama2..buat kueh raya...ermmm...3 tahun rasanya baru semalam dia pergi tinggalkan kami..pasal ex aku plak...tak payah la sedih lama2....nak kenang org camtu wat ape...tak hargai aku...s...f...n...ko boleh blah dari hidup aku....ko igt aku takleh hidup tanpa ko.....kalau dulu aku boleh la nak pujuk ko..skrg sory la..ko dah ada org lain..bodo la aku kalau aku pujuk ko....tapi aku ikhlas memaafkan ko..aku tanak sakitkan hati aku..aku tak dendam ape2 dah..tapi untuk kita bersama semula rasanya dah tak mungkin..cukup la 2 kali peluang aku bagi tapi tetap tak dihargai...Selamat hari raya..

DECO, DECO RAYA..  

yang tulis ni eiwa


Puas hati...sakan beraya...deko rumah aku...hasil idea nuar n aku..terhasil seperti dalam gambar..walau simple rasanya berbeza sangat dari yang asal..tapi silap la...aku terlupa plak nak amik pic ruang tamu tu yang asal..tapi perubahan yang teramat la ketara..walaupun aku menggunakan perabot terpakai...gabung warna maroon,coklat n putih...nenek aku tak abis2 membebel...warna gelap la...pakai perabot buruk la...langsir ntah aper2 dia ckp...aduhh nenekku sayang, aku beli rm34.50 selai tau langsir tu..kalau 5 helai dah baper..nasib ada diskaun kat kamdar ari tu....meja kopi tu pun rm 34.50...tapi lampu berdiri tu aku pinjam kak su jap..nak beraya...ala pas raya aku hantar la balik..kang aku shoping kat ikea...untuk dapatkan hasil seperti ni, aku berabis dalam rm 500 semuanya..tapi hasilnye memuaskan hati aku...nampak simple n bergaya..kan Quar...next time DECO, DECO, bilik aku pulak...neway Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Shopping raya lagi...  

yang tulis ni eiwa







Si man sms aku."jom berbuka sama ari ni"aku reply"wokey"...kat kemaman je katanya..dibantainye bawak aku ke kuantan...katanya nak shoping...dah lama tak shoping...ko jangan man..aku nak keja esok ni...masuk keja kul 6 pagi..kang balik lambat..kitorang berbuka puasa kat tengah perjalanan ke kuantan..aku slalu lupa nama tempat tu..restoran tu slalu la kitorg berenti kalau g kuantan...kitorg pegi order makan dulu then kitorg pergi lepak tepi pantai sementara tggu waktu berbuka..macam budak2..man main kejar ketam..umur dah 30..ayarkkk..dah tua ko man..sama tua ngan nuar...aku je yang msih muda..25 tahun..(cam ayat muzu je.).besday si man ni 11 september...sama hari ngan world trade kena langgar.agak2 man pun salah sorg penganas tu..muka pun cam penjenayah..tapi man ni baik hati..berbuka tu dia belanja...aku nak bayar dia tak kasi...shoping kat padini..man suh aku pilih baju.dia nak belikan..sepanjang kami kawan dia tak pernah berikan aku ape2 katanye..aku tak kisah man..aku tanak semua tu..asal ko ada kat aku time aku susah n senang dah memadai..tapi org nak bagi aku amik je la.tapi nak beli baju ada plak pantang larang..ko ni ikhlas ke tak sebenar ni... aku tanak beli kat kat padini..aku nak kat outlent brand..rm50=3helai...kadang aku fikir cam aku ni fakir miskin je...cam si man nak kuarkan zakat..sedih aku man...belasah je laaa....

Shopping raya  

yang tulis ni eiwa

Janjinya ngan zeri nak g jalan2 ke kuantan cuti Nuzul Alquran...tapi cam biasa la dia wt tak tahu.padahal dia yang ajak aku...payah sangat ngan dia...aku ajak la nuar...pergi giant dulu..nak beli kipas.voucher giant aku dapat rm220..tetiba g kat hiasan dalaman rumah aku terfikir nak deco rumah aku sempena raya ni..dah ama aku tak beraya sejak mak aku meninggal...kali ni aku nak beraya sakan..aku nak gembirakan adik2 aku.tgk punya tgk takde ape yang sesuai kat giant tu..nuar ajak g Kamdar..shoping la langsir...semua yang berkaitan..rabak duit aku rm300..kitorg pergi la ke east coast mall...nuar shoping la skit..aku shoping gak..spender untuk beraya..hahahaa..malas la..dah beli kat shah alam ari tu...berbuka puasa kat pizza hut..pastu sambung balik..beli meja kopi rm34.50..nuar ajak g the body shop..aku cepat2 tarik..dah la...abis duit aku ni nuar woi.....

Puasa di Shah Alam..  

yang tulis ni eiwa


Aku ambil cuti sehari..nak puasa di shah alam..28hb Ogos aku naik bas..sampai pagi 29hb...aku call amir..dia nak mai amik..tapi aku ckp tak payah..suruh dia bersahur dulu..baru amik aku..dia bersahur dengan kak engku n anak...amir suh aku cari mana2 kedai mkn kat stesen bas sekyen 17..aku pegi kat 7e...beli roti n nescafe..makan kurma bekal dari rumah..aku dah siap kot2 tak sempat sahur...lepas sahur ngan kak engku, amir datang jemput aku...balik rumah aku tido...kul 0130 kena temankan kak engku g KRU studio..ada rakaman katanya...sampai sana tutup plak..kak engku patah balik...plan masak untuk berbuka...kebetulan kak engku cuti dari menDJ kat sinarfm..so kitorg pergi beli barang masak..cam biasa la..jalan ngan celebrity ni...org bisik2 "eh,eh..kak engku la..."petang tu berbuka rumah kak engku..memang best la...dia masak nasik arab...pandai dia masak...esoknya kak engku ajak aku pergi berbuka kat ikea..katanya nak kenalkan si Amir ngan awek mana ntah..tapi aku tolak..segan la..tu urusan keluarga..so aku ajak member aku si budeng..kawan belajar kat INSTEP..die keja kelang..dia mai amik aku...kitorg lepak kat Jaya Jusco...berbuka kat Secret recipe..lepas mkn balik rumah budeng..nak kenal tmpt tggl dia..then dia hantar ke tesco extra shah alam..amir jemput kat sana dengan kak engku n min..kitorg g beli belah kat bazar ramadhan..sampai kul 1 pagi kat sana...kak engku ngan min memang sakan la shoping..kak engku shoping tudung ngan jubah..ghairah dia tgk tudung..min sempat beli baju kawin..memang superb la min baju kawin ko..org tak tau kan harga dia rm40..huhuhu..hari ketiga g shoping lagi kat ikea..beli baju rm13.50..kak engku beli kat ikea aku ngan amir shoping baju kat outlet brand..sambar gak 3 helai baju..pas shoping kat situ kitorang bazar ramadhan lagi...aku beli beg deuters..nanti nak pi gold coast..prepare awal2..kak engku bertambah ghairah beli kasut croc..beli 2,3 pasang..amir plak kejap nak beli,kejap tanak beli kasut croc tu..takde kaler yang dia minat..aduh..payah mamat ni..barang2 yang kitorg beli ni kata penjual tu amik dari kilang kat china..kalau dia tipu pun bulan2 pose ni lantak la..dia yang dosa..ptg tu kak engku suruh berbuka dengan anak2 dia kat rumah sbb dia kena berbuka dengan zubir(wartawan berita harian tu)aku ckp nak berbuka kat secret recipe..nak ajak amir makan ayam asam pedas..memang sedap..kak engku pujuk jangan la pegi..tapi kat engku ni memang kelakar..sepertimana korg tgk dia kt tv,mcm tu la dia kat luar...tak kering gusi aku..time tggu berbuka puasa kak engku call amir..katanya nak amik smart tag dalam keta amir..padahal dia bukan nak guna pun...si amir ckp tu alasan je sebenarnya..padahal dia nak berbuka ngan kitorg gak...pas minum skit baru dia pergi kat zubir..patut nya mlm ni (31hb Ogos)aku balik...dah sampai stesen bas aku sedar time bas dah nak gerak..wallet n tiket aku tertinggal kat rumah..punya la tensen aku...esokkan aku berbuka kat KUZIE catering..kak engku belanja...terima kasih kak engku..tak sia aku minat dia...kumpul duit time kecik2 dulu beli album ..bunga2 berguguran...lupa nak bgtau..si amir ni sepupu kak engku..diorg memang rapat..kalau tak kuar ngan si amir..kak engku kuar ngan si min..adik perempuan amir

Ramadhan 2009  

yang tulis ni eiwa

Sedih dengan ramadhan tahun ni..1st time aku berpuasa tanpa org yang aku sayangi..3rd time tanpa bonda aku tersayang..mek..dah 3 kali anak2 mek tak puasa sama mek...saya doakan mek tenang kat sana...Ya Allah..kuatkanlah hati hamba mu yang lemah dlm menghadapi dugaan mu...aku redha dan aku terima..kerana aku tahu ada rencana Mu yang lebih baik untuk aku

Hati yang kau sakiti - Rossa  

yang tulis ni eiwa

Terbuka kat youtube lagu ni..sedih..rabak aku menangis dengar lagu ni...nasib kita sama Rossa..







tiada lagi tangisan..tiada lagi air mata..  

yang tulis ni eiwa

Aku tahu aku tak kuat..aku tahu aku cepat kalah kalau dengan pujukkan ex aku..aku bg peluang..sekurangnya berkawan...tapi dia ckp tetap akan berkawan dengan budak tu..berhubung dengan budak tu..yang paling menyakitkan aku bila aku dapat tahu budak tu menburukkan aku depan mak ex aku sampai mak ex aku dah tak hiraukan aku..aku bukan nak burukkan budak tu..aku bukan jenis suka burukkan org..tapi diakui sendiri oleh ex aku..dia pun tak tahu ape lagi yang budak tu burukkan aku..ape masalah bdk ni ngan aku..??aku tak pernah ckp apa2 pasal budak tu..sedangkan aku sendiri tak pernah jumpa...camner nak ckp buruk pasal dia...lantak la..tuhan tahu ape aku buat...insyaallah ada balasan untuk ape dia buat..aku gaduh lagi dengan ex aku..camner nak baik camni...?selagi budak tu ada antara kami,hidup takkan senang...harus aku igtan budak tu.jangan sampai kesabaran aku hilang...tapi aku tak sebodoh dia..so..aku biarkan je..harap mak ex n ex aku sendiri dapat fikirmana baik n mana buruk..6 tahun diorg kenal aku nak compare budak tu yang baru beberapa bulan..kali ni aku mintak ex aku jangan cari aku lagi..teruskan hubungan dengan budak tu...time gaduh pun dia lebih berpihak budak tu...katanya kesian kat budak tu...abis aku sapa nak kesian.?kucing adik aku?.kali ni aku mintak putus...aku ckp kat dia kalau betul dia sayang aku..jangan cari aku lagi...biarkan aku hapi dengan apa aku ada sekarang...

Show Majlis Tilawah Alquran Petronas peringkat National  

yang tulis ni eiwa


Aku dipanggil sekali lagi untuk buat pesembahan Majlis Tilawah Alquran Petronas peringkat National..kami berkumpulan..kumpulan terbahagi kepada dua..nasyid n lakonan sketsa...hari pertama pada siangnya aku jadi backup saje..mlm baru aku nyanyi lagu Syurgamu dari ungu...lepas show kawan aku pakat gelak..dalam banyak lagu nasyid ..lagu aku paling rock...yang tak tahan diorg ckp aku buat aksi misha omar..ape ni..aduh..malu aku...memang la aku kena poyo skit..dah pentas tu kecik..tak boleh nak gerak...nak hilangkan darah gemuruh aku..mcm2 penda la aku wat..huhuhu..nak cerita skit mlm reheasel semua duk risau..sound system betul wat kitorg takde semangat..even.pada hari pertama aku terfikir jangan la jadi penda mcm mlm reheasal..kalau tak giler babes malu..tu even besar tau..datuk2, segala CEO petronas semua datang..tapi Alhamdullilah semua ok...persembahan pada hari penutup gabungan nasyid n sketsa membuatkan org menangis..banyak kejutan dari kitorang yang penonton tak tersangka2..aduh...bangga bila dapat pujian dari datuk2 tu..siap ada tawaran untuk show majlis tilawah tahun depan kat Miri,Sarawak..lepas majlis penyampaian hadiah ..kami dipanggil untuk buat persembahan..padahal kami takde prepare lagu untuk persembahan tu...nasib ada lagu spare masa latihan..bawak lagu tu jea...pada kawan dlm kumpulan aku...geng..gua bangga sama lu org...kita dah buktikan pada mereka yang kita mampu...

Kenapa aku masih disakiti...  

yang tulis ni eiwa

19hb aku start keja setelah jalan jalan cari makan ke bintulu,brunei n shah alam...aku buka email company aku..kot2 la ada penda penting kan..terkejut bila aku baca email dari ex aku...dia takleh sms sbb aku dah tukar no phone..dia ckp rindukan aku..nak jumpa aku..mintak bagi dia peluang..dia ckp semua salah dia..aku takde salah ape2..dia ckp aku yang terhebat dlm hidup dia..dia tak sayang budak tu..tapi hanya sayang aku..untuk pengetahuan lepas dia tinggalkan aku dlm akhir bulan 4 dia ada mintak berbaik..dia ckp tak leh lupakan aku..then aku bagi dia peluang..tapi peluang yang aku bagi tak dihargai..dia sakitkan aku lagi...kesakitan yang rasanya taleh diterima org lain setelah 6 tahun aku berkorban untuk dia..tapi kali ini mengapa dia masih cari aku..untuk sakiti aku lagi?kalau aku bagi peluang..maknaya kali ke 2 aku bagi..terlalu sayangkah aku kat dia..atau terlalu bodohkh aku sebab terlalu menyanyangi dia?

Raja Azura...  

yang tulis ni eiwa







Balik dari bintulu, Amir jemput kat KL Sentral..terus balik kampung dia kat perak..aduh..dia suh aku drive..letih katanya...aku drive je le...ala..lagipun bintulu ke shah alam ngan flight..bukan naik bas..perjalanan dalam 2 jam..smpai kampung lepas borak dengan famili amir aku masuk tido jap..pas magrib kitorg bertolak balik KL..esoknyer Amir bawak aku ke rumah Kak engku..arghh...aku die hard fan dia..huhuhuhu..kak engku masak..aku mkn ntah ape nama makanan tu..dalamnya ada pucuk ubi..boleh tahan la..masin skit..hehehe..jangan marah kak engku yea..tapi sedapp...hingga menjilat sudu..ahaks...kak engku ni suka masak...2,3 hari aku kat shah alam..temankan si amir g interview...sementara tggu dia interview aku jumpa kawan baik aku...si Rosman ali..kebetulan dia bercuti..dia ni keja kat Qatar...best friend aku time dia keja kat malaysia dulu..tapi suka kutuk aku....sabor je..tapi kalu tak kutuk aku tu bukan rosman ali namanya...aku letak la skit pic ko man..biar org kenal ko..

Bintulu..Brunei..Gold Coast?  

yang tulis ni eiwa







Ada hikmah aku ditinggalkan...ada peluang aku berjalan..kalau dulu aku kenal terengganu n dalam senanjung je..tapi kali ni aku terbang ke bintulu terus ke brunei dengan kereta kawan baik aku,man...xcited sungguh...1st time aku ke luar negara..x kisah la setakat ke brunei...tapi kena semua tau..bulan 3 tahun depan, aku akan ke Gold Coast..arghhh.........tak sabar...tapi kena simpan duit gak tu..takkan nak bawak seratus je ke Gold Coast....tapi kali ni aku nak cerita perjalanan aku ke bintulu n brunei dulu..aku amik cuti 2 minggu..6hb julai aku ke shah alam..ke rumah amir..stay rumah dia sehari then pagi 8hb julai dia hantar aku ke KL sentral...flight ke Bintulu dalam pukul 9..sempat aku tidur jap dalam bas ke LCCT..dlm flight aku makan nasi lemak pak nasir..huhuhu..my favorite kalau naik AIRASIA..tapi dah mahal rasanya..dulu rm6..skarg dah rm9..tapi takpe..suka nye pasal aku bedal jea..sampai Bintulu Man dah tunggu kat airport...terus balik bilik dia.."aku lapar ni man"dia ckp mlm krg makan....borak nyer borak dlm bilik dia..dlm ku 8 mlm, kitorg kuar mkn..aku payah skit nak makan kat bintulu..sebelum ni aku dah pernah sampai bintulu..tak lalu nak mkn nasik dia sbb beras dia lembik..aku suh dia bawak ke kedai yang takde beras tu...aku mkn tomyam n man mkn ayam penyek..ntah ape jenis makanan pun aku tak tahu...pastu g tgk transformers..sbb aku blm sempat tgk lagi kat semenanjung..plan kitorg nak ke Brunei awal pagi 9hb..tapi man la tidur tanak bangun2..pastu salahkan aku..aku dah kejut dia byk kali..tidur mampus...ckp aku plk..dah lewat bangun kitorg kena g miri je la dulu..man bilang kena smpai sblm kul 6 kat miri.coz jalan ke miri bahaya skit...slalu ada kes rompakan kereta lalu kat situ..risau gak aku..sampai miri..kiorg g window shopping kat ape nama mall dia..aku dah lupa..huhuhu....seterusnya cari bilik nak stay nak mlm tu..nak stay hotel MEGA..harga biliknyer pun seMEGA namanya..RM195..aku ckp kat man tak pyh le..stakt nak tido kejap mlm tu...cari bilik murah..blakang hotel mega tu ada hotel cosy..rm63..tapi boleh tahan selesanya..lepas mkn mlm tu kitorg duk tgk tv..duk gelak tgk iklan chanel indon..kelakar iklan diorg....mlm tu time tido aku dengar bunyi bising kat bawah..aku buka tingkap..intai..hehehe..ada pondan melac...r kat bawah tu...bising tul...paginya bangun awal...terus ke brunei..otw ke sana sesat jalan..pelik ul..takde signboard jalan nak kesana...tanya org...nasib jumpa org ganu juga..tunjukkan jalan..sampai kat Asean brigde ada tol..rm10..man tgk aku..aku tgk man..pastu sengih..mahal siot..kat imigresen kena isi mcm borang..tak igt dah..tapi yang aku igt kena wat ujian H1N1...hepi giler dapat ke luar negara...ada singnboard tulis BSB 125km..aku tanya man..ape menatang BSB tu?Backstreet boy ke?mana la tahu group tu ada rumah kat sini..man ckp bandar seri bengawan la bodoh...hampeh..ckp aku bodoh..sepanjang jalan ke BSB..mak eh...rumah2 diorg mengalahkan rumah paris hilton...mariah carey..besar2 ..memang takde rumh kayu...sampai BSB kitorg ada masa 2 jam je nak lepak or shoping..amik gambo...tapi punya la hangin aku kat si man ni...bateri digicam dia takde...terlupa caj katanya...kecik je muka dia aku tgk time tu..cari idea nak caj..kitorg g mkn dulu..sambil boleh caj bateri..restoran tgh bndr..mkn bakso aku ari tu..man cam biasa ayam penyek dia..ntah ape2 yg sdp sgt..B10..murahnye.....tapi lepas convert rm24...arghh...mahal..mahal..mahal...man gelak aku aduk membebel mahal..ye la..kalau kat malaysia tak sampai RM10 penda alah tu semua...bedal je la labu..takde soping ape pun kat brunei..mahal..lagipun kitorg tak tukar duit banyak...takpe la..setakat amik gambor pun jadi la..kenangan kitorg kat sana..ptg tu kitorg balik ke bintulu...melalak2 dalam kereta..hepi giles...hilang semua masalah aku..Flght balik ke semenanjung kul 11 pagi,10 julai..tnggal la man sorg2 kat situ...Terima kasih man...bawak aku jalan2...nanti kita pergi tempat lain lagi yea..

Langkawi..kegembiraan..kesakitan...kedukaan....  

yang tulis ni eiwa


Langkawi..sebelum ni tempat paling aku suka untuk bercuti..ermm.....boleh shoping cokelat..aku suka dengan lagenda mahsuri..tapi langkawi juga sekarang menjadi tempat yang buat aku sedih..pertama kali aku pergi ke langkawi bersama org yang paling aku sayang dalam hidup aku selepas famili aku..1st time pergi kami baru mula berkasih sayang pada tahun 2004....tapi kali ni aku keseorgan..ke langkawi membawa hati luka bila aku ditinggalkan sidia.Ditinggalkan setelah sidia jumpa seseorg di langkawi time ada course kat sana...maknanya langkawi menjadi tempat aku rasa gembira..kemudian menjadi tempat cinta dan kasih sayang aku di rampas seseorg dan menjadi tempat aku berduka.dan tempat aku merawat kedukaan..Aku ditinggal tanpa sebab..ditinggal seteleh 2 minggu sidia kenal mamat tu..bayangkan bagaimana perasaan aku dibuang bagai sampah tanpa aku tahu apa salah aku..dalam keadaan kami masih bergurau senda..terlalu berat untuk aku hadapi...berat aku turun 5kg dalam masa seminggu..aku tak menjamah makan.hanya minum..bertapa terluka setelah kasih sayang dan pengorbanan aku tak dihargai..tapi Alhamdullilah..kawan2 semua kata aku kuat hadapi semua ni..memang aku kuat...aku cuba buang duka dalam hati.aku tak nak menangis lagi untuk org yang tak hargai aku..aku ke langkawi..mungkin untuk kali terakhir...kat sana aku asyik ulang lagu hilangkan segalanya nyanyian farawahida..ternyata lirik lagu tu mampu buat aku lagi kuat untuk hadapi kenyataan ni..yea..aku mampu bangkit dari semua ni..doakan aku agar dapat bertahan...