Natrah the Legend....  

yang tulis ni eiwa

Sana sini orang duk dengar cerita pasal Natrah...aku baca paper...sapa natrah ni?lepas dengar ..ermm...best jugak citernye..memang menarik..aku bukak internet cari cerita pasal Natrah..rupanya Natrah dah meninggal 07hb julai 2009 ari tu..patut la heboh..bila tahu mak angkat natrah tu org kemaman makin aku berminat nak tahu cerita ni sbb aku pun org kemaman kan..akan ada teater mengenai Natrah....sebagai peminat cerita2 sejarah cam ni..aku tak kira..aku nak pergi tengok...sorang pun aku sanggup pegi.aku cerita kat man aku nak g tgk teater ni..so dia setuju nak ikut.yes...tiket dah tempah..show kul 0830pm,06hb Disember 2009..kat Istana Budaya..amik yang rm70 je tapi seat rasanya sama time aku tgk P.ramlee the musical..memang clear la..tak sabar rasanya..dulu nak tgk teater Mahsuri tak dapat...kali ni tanak lepaskan peluang..sape yang tak tahu pasal Natrah ni korang baca la kat bawah ni..




Teater Natrah memaparkan rentetan kehidupan Nadra Maarof, atau nama Belanda Bertha Heartogh. Beliau adalah wanita keturunan Belanda yang dipelihara oleh Che Aminah Mohamad. Berlaku perebutan hak penjagaan antara Che Aminah dan ibu bapa Natrah di Belanda. Konflik percintaan antara Natrah dan Mansoor Adabi yang menyebabkan terjadi rusuhan di Singapura pada tahun 1950. Rusuhan ini terjadi kerana berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit. Pada 9 Julai 2009, beliau meninggal dunia pada umur 72 tahun di Huijbergen, Belanda akibat leukemia.Maria Hertogh adalah gadis keturunan Belanda yang diserahkan oleh ibunya, Adeline dan neneknya, Nor Louisenya kepada Che Aminah untuk dipelihara tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika, dia balik ke Bandung, Jawa dan mencari anaknya Natrah. Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai. Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.Berlaku perebutan hak penjagaan antara Che Aminah dan ibu bapa Natrah di Belanda. Che Aminah yang diwakili peguam bela Encik Ahmad Ibrahim, menang kes rayuannya dan Natrah dikeluarkan daripada York Hill. Kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun dan Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin tetapi mengikut undang-undang Belanda, seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya.Konflik agama dan isu penjagaan yang telah menyebabkan terjadinya rusuhan di Singapura



This entry was posted on 7:59 PM . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments